Untuk makluman semua, Skim Perubatan MADANI 2024 kini telah diperluas ke seluruh Malaysia dan program ini dilanjutkan bagi tahun 2024.
APAKAH SKIM PERUBATAN MADANI
Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif bantuan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap penjagaan kesihatan bagi rawatan sakit-sakit ringan.
JENIS RAWATAN PERCUMA SKIM PERUBATAN MADANI
- Demam dan Selsema
- Cirit Birit dan Muntah
- Terseliuh
- Sakit Kepala
- Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain
RAWATAN YANG TIDAK TERMASUK
- Imunisasi Rutin.
- Saringan Kesihatan.
- Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin.
- Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin.
- Perancangan Keluarga Rutin.
- Perkhidmatan Rehabilitasi.
- Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor.
- Permintaan Suplemen
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MENERIMA SKIM PERUBATAN MADANI 2024
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
- Kelayakan adalah secara automatik.
- Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
CARA MEMBUAT SEMAKAN SKIM PERUBATAN MADANI
- Melalui Laman Web Protect Health
- Semak kelayakan anda melalui laman sesawang berikut: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/
- Melalui Aplikasi MySejahtera
- Bagi pengguna MySejahtera, anda juga boleh terus membuat semakan kelayakan melalui aplikasi tersebut.
Artikel Berkaitan
SENARAI KLINIK SKIM PERUBATAN MADANI
Sekiranya layak, anda boleh mendapatkan rawatan percuma mengikut kategori kelayakan anda.
Sila rujuk senarai klinik yang berdaftar di bawah Skim Perubatan Madani melalui carian berikut:
- Layari pautan laman web rasmi ProtectHealth : https://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani
- Tekan butang ‘Cari Klinik Skim Perubatan Madani’
- Masukkan maklumat Negeri, Daerah dan Bandar. Tekan butang ‘Cari’
- Senarai nama klinik panel Skim Perubatan Madani akan tertera di skrin
KOS RAWATAN YANG DITANGGUNG
Kategori | Jumlah Ditanggung |
---|---|
Isi Rumah Berkeluarga | RM250 |
Warga Emas (Tanpa Pasangan) | RM125 |
Bujang | RM75 |
CARA UNTUK GUNA SKIM PERUBATAN MADANI 2024
- Semak kelayakan anda di laman sesawang https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/ atau aplikasi MySejahtera.
- Hadir ke klinik swasta yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad/dokumen pengenalan.
- Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Sakit-sakit Ringan secara percuma.
- Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari laman web di bawah
Laman Rasmi Skim Perubatan MADANI : https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/
Portal Manfaat : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/skim-madani.html
Sumber : kerjakini.com