Check Sekarang : Bantuan Skim PeKa B40 2024

Semak Sekarang Bantuan Skim PeKa B40 2024

APAKAH BANTUAN PeKa B40?

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau PeKa B40 merupakan satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD). PeKa B40 ditawarkan kepada warganegara Malaysia dalam kumpulan B40.

MANFAAT BANTUAN skim PeKa B40

Melalui skim ini, anda boleh menerima pelbagai manfaat seperti berikut:

  1. Saringan Kesihatan PERCUMA
  2. Bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori)
  3. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000
  4. Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat 2 dan/atau 3)

Artikel Berkaitan : Semakan Skim Perubatan MADANI 2024

Manfaat 1 : Saringan Kesihatan Percuma (Medical Check Up)

Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4).

Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.

Saringan kesihatan merangkumi:

  • pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
  • saringan kesihatan mental
  • pemeriksaan fizikal
  • pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
  • ujian darah dan ujian air kencing

Untuk membuat saringan kesihatan, semak kelayakan di: www.pekab40.com.my . Jika layak, anda cuma perlu membawa kad pengenalan sahaja ke klinik berdaftar dengan PeKa B40.

Manfaat 2: Bantuan Alatan Perubatan (Sehingga RM20,000)

Manfaat ini merupakan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM. Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan.

Ini merupakan contoh alat bantuan alatan perubatan yang akan ditanggung;

  • Stent untuk jantung
  • Alat sendi tiruan
  • Alat bantuan pendengaran
  • Perentak jantung
  • Prostesis dan implan untuk tulang belakang
  • Prostesis dan ortosis tulang anggota
  • Kanta mata intraokular
  • Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  • Bantuan sokongan nutrisi
  • Kerusi roda

Info tambahan

Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini. Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima Bantuan Skim PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu diluluskan oleh pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.

Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Bernilai RM1,000)

Manfaat 3 ini adalah bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM.

RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.

Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.

Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima Bantuan Skim PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.

Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan (Sehingga RM 1,000)

Manfaat ini bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.

Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.

Had maksimum bantuan yang boleh diterima:

  • RM500 untuk Semenanjung Malaysia
  • RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan

Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.

Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.

Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

CARA MEMOHON BANTUAN SKIM PeKa B40

Cara untuk memohon Manfaat PeKaB40 adalah seperti berikut:

  1. Semak kelayakan di https://kelayakan.pekab40.com.my.
  2. Sekiranya layak, lawati Klinik PeKaB40 terdekat yang boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKaB40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.
  3. Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
  4. Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai skim ini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluman anda, artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi PeKa B40 . Peka B40 dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :

TALIAN UTAMA
+603-8687 2525
8:30pagi – 5:30petang (Isnin – Jumaat)
9:00pagi – 4:00petang (Sabtu & Ahad)

EMEL
info@protecthealth.com.my
pekab40@protecthealth.com.my vaksincovid@protecthealth.com.my
spikpa@protecthealth.com.my

ALAMAT
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan​

Leave a Comment