BANTUAN WARGA EMAS 2024 RM500

PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS 2024 RM500 . PROGRAM INI MERUPAKAN SALAH SATU INISIATIF KERAJAAN BAGI MEMBANTU GOLONGAN WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS).

TUJUAN BANTUAN WARGA EMAS

Warga emas merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas dan populasi warga emas di Malaysia semakin bertambah selari dengan peningkatan jangka hayat.

YANG TUA DIKASIHI YANG MUDA DISAYANGI. Justeru, bantuan ini diberikan kepada warga emas miskin tegar yang memenuhi kriteria kelayakan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

KADAR BANTUAN WARGA EMAS 2024

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada pemohon adalah sebanyak RM500 sebulan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS 2024

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata
    Miskin Per Kapita Semasa;
  4. Warga emas yang bukan tinggal di:
    i. Institusi kendalian JKM
    ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
INFO
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA MOHON BANTUAN WARGA EMAS 2024

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Artikel Berkaitan :

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

MUAT NAIK BORANG DISINI

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

PANDUAN MEMOHON

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi – eBantuan (BKK) .

MAKLUMAT LANJUT

Semua maklumat di atas adalah benar dan dirujuk daripada Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat . Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah, anda boleh berhubung dengan pihak berwajib seperti berikut ;

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Email : pro_jkm@jkm.gov.my

Telefon : +603-8000-8000

Leave a Comment