Dalam Bajet 2024, kerajaan telah bersetuju pemberian Bayaran Insentif Awal SSPA atau Bonus Bantuan Penjawat Awam 2024 sebanyak RM2000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk mereka yang dilantik secara kontrak.
Selain itu, pemberian sebanyak RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
Bayaran bantuan RM1000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut menyarankan majikan swasta turut sama mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.
OBJEKTIF BANTUAN PENJAWAT AWAM 2024
Insentif Bonus Penjawat Awam 2024 ini merupakan pengiktirafan terhadap khidmat penjawat awam sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) atau semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam siap.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata insentif itu ialah isyarat bahawa kerajaan memberi perhatian serius terhadap kadar upah 1.6 juta penjawat awam di negara ini.
Artikel Berkaitan :
JUMLAH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM 2024
Jumlah bantuan penjawat awam 2024 yang akan diberikan adalah seperti berikut:
Kategori Penjawat Awam | Jumlah Bayaran |
---|---|
Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional Serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak. | RM2000 |
Jawatan utama sektor awam (polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) dan pesara kerajaan (veteran berpencen serta veteran tidak berpencen). | RM1000 |
TARIKH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM 2024
Bayaran insentif ini akan dibuat secara sekali gus pada 23 Februari 2024 (Jumaat) bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Belanjawan 2024, layari https://belanjawan.mof.gov.my.