RUMAH PPR 2025 : PERMOHONAN KINI DIBUKA, BAYARAN SERENDAH RM 124 SEBULAN (RUMAH 3 BILIK & 2 BILIK AIR)

RUMAH PPR 2025 Permohonan Kini Dibuka, Bayaran Serendah RM 124 Sebulan (Rumah 3 bilik & 2 Bilik Air)

MAKSUD PROGRAM RUMAH PPR 2025

Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula rakyat dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

PPR terdiri daripada tiga jenis:

  1. PPR Dimiliki: Rumah PPR ini dijual pada Harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
  2. PPR Sewa: Bayar sewa RM124 sebulan kepada Pihak Berkuasa Tempatan atau agensi pengurusan.
  3. PPR Sewa Beli: Rumah boleh dimiliki sepenuhnya dengan harga serendah RM35,000 selepas bayaran habis dibuat.

POST TRENDING : SEMAK NAMA PELATIH PLKN 3.0 2025 SECARA ONLINE DISINI

CIRI-CIRI RUMAH PPR

  • Berkeluasan tidak kurang 700 kaki persegi
  • Mempunyai 3 Bilik Tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, 1 bilik air
  • Mempunyai kemudahan asas seperti : -Dewan Komuniti/ Ruang Orang Ramai
    • Surau/ Ruang Solat
    • Gerai Makan/ Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/ Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

SYARAT MOHON RUMAH PPR

Sebelum Memohon Rumah PPR, berikut merupakan Syarat-syaratnya, iaitu;

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

DOKUMEN SOKONGAN MOHON RUMAH PPR

  • Salinan MyKad Pemohon dan Pasangan
  • Penyata Gaji / Slip KWSP/ Pengesahan Pendapatan
  • Surat Nikah/ Sijil Cerai (Jika berkenaan)
  • Surat Pengesahan tidak memiliki rumah dari JPN atau JKM

CARA MOHON RUMAH PPR 2025

Untuk memohon Rumah PPR ini adalah melalui 2 cara iaitu;

Secara Online:

    • Layari https://teduh.kpkt.gov.my/
    • Daftar akaun dan log masuk
    • Pilih projek PPR yang dibuka
    • Isi maklumat lengkap & muat naik dokumen

    Secara Manual:

      • Kunjungi Pejabat KPKT atau Majlis Perbandaran berhampiran
      • Ambil borang permohonan dan serahkan bersama dokumen

      Baca Juga : Muat turun Aplikasi MyKasih untuk cara mudah scan barang Mykasih terkini 2025

      SENARAI PROJEK PPR AKTIF 2025

      Berikut merupakan negeri yang permohonan Rumah PPR masih aktif iaitu;

      • Melaka, Johor, Negeri Sembilan
      • Kedah, Pulau Pinang
      • Selangor, W. P Kuala Lumpur
      • Sabah

      *nota: Pihak Jabatan Perumahan Negara (JPN) Telah membuka permohonan bagi dua program rumah PPR iaitu:

      • PPR AMANJAYA, SUNGAI PETANI, KEDAH
      • PPR AYER HITAM, KEDAH

      permohonan boleh dibuat melalui pautan :https://sprn.kpkt.gov.my/ bermula 16 April 2025 – Sehingga 30 April 2025

      SOALAN LAZIM (FAQ)

      SOALAN : Konsep asas pembinaan PPR?
      JAWAPAN :
      Terdapat dua Asas pembinaan PPR iaitu;
      PPR Kawasan Bandar – Bertingkat (Strata)
      PPR Kawasan Pinggir Bandar – Bertanah (Landed)

      SOALAN : Apakah Kategori PPR?
      JAWAPAN :
      i. PPR Dimiliki – Harga Jualan Mulai RM40,000
      ii. PPR Disewa – Harga Sewaan Mulai RM250

      SOALAN : Kelebihan Sewa untuk Milik (Rent-To-Own) di Bawah Program PPR?
      Jawapan :
      Skim ini ditawarkan kepada Pemohon atau bakal pembeli rumah yang gagal mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan bagi membiayai kos pembelian rumah.
      Kadar sewaan PPR RTO ialah RM225 sebulan selama 20 Tahun

      RUJUKAN

      Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan RUMAH PPR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

      Tel :
      ZON1 (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu & Pahang) – 03-8891 4072/4070/4068/4067

      ZON2 (Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak & Johor) – 03-8891 4069/4064/4063

      Zon3 (KL, Sabah, Sarawak , WP Labuan & Pulau Pinang – 03-8891 4071/4066/4065
      Email : [email protected]

      PENAFIAN

      Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

      Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

      Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

      Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://teduh.kpkt.gov.my/

      Leave a Comment