RUMAH PPRT 2024 : SEMAKAN KELAYAKAN

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau Rumah PPRT 2024 merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar yang menyediakan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk memiliki kediaman yang selamat dan selesa dan seterusnya memastikan kumpulan sasar ini dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

JENIS BANTUAN YANG AKAN DISALURKAN

Berikut adalah jenis bantuan dalam PPRT

  1. Bina Baharu: Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
  2. Baik Pulih: Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah sahaja. (Contoh : Bumbung, atap, tangga, tandas, bilik air, pintu, dinding,lantai, tingkap, pendaiwaian elektrik, perpaipan dan lain-lain)
INFO PENTING
Penyiapan rumah dalam pembinaan TIDAK termasuk dalam skop baik pulih.

SYARAT KELAYAKAN BAGI MEMOHON RUMAH PPRT 2024

Antara syarat kelayakan bagi penerima bantuan PPRT adalah seperti berikut:

  1. Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih).
  2. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri.
  3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan.
  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Artikel Berkaitan :

SYARAT BANTUAN PPRT BINA BARU

  • Tidak mempunyai rumah;
  • Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami
  • Rumah tidak ekonomik untuk dibaiki
  • Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh) atau pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

SYARAT BANTUAN PPRT BAIK PULIH

  • Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

Selain memenuhi CIRI-CIRI kelayakan di atas, keutamaan bantuan AKAN diberikan kepada:

  • warga emas;
  • orang kurang upaya (OKU);
  • ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  • mangsa bencana yang berskala kecil; dan
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

Kadar Bantuan Bagi Skop Bina Baharu RUMAH PPRT 2024

KAWASANJENIS RUMAHKADAR SILING RUMAH (RM)
SEMENANJUNG3 bilik
(660 kps)
66 000
SABAH/SARAWAK DAN W/P LABUAN3 bilik
(660 kps)
79 000

Kadar Bantuan Bagi Skop Baik Pulih RUMAH PPRT 2024

KAWASANKADAR SILING BANTUAN *(RM)
SEMENANJUNG15 000
SABAH/SARAWAK DAN W/P LABUAN17 000

CARA MOHON rumah PPRT 2024

UNTUK MEMUAT NAIK BORANG PERMOHONAN SILA KLIK DI SINI

Permohonan PPRT secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.

Sila klik di sini untuk memohon.

MAKLUMAT LANJUT

Semua maklumat di atas adalah benar dan dirujuk daripada Portal Rasmi KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH . Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah, anda boleh berhubung dengan pihak berwajib seperti berikut ;

ALAMAT :

No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya, Malaysia.

TELEFON : 03 8000 8000

EMAIL : info@rurallink.gov.my

1 thought on “RUMAH PPRT 2024 : SEMAKAN KELAYAKAN”

  1. Salam..sebelum ini ada mohon rumah pprt..tapi masih belum ada kabar berita..boleh ke saya mahu dapat kan sebijik rumah pprt ini..sekian terima kasih.

    Reply

Leave a Comment