SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2024

BANTUAN MYKASIH 2024 : SEMAK SEKARANG

APA ITU bantuan MYKASIH

Salah satu bantuan yang disalurkan melalui MyKasih ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan RM100 setiap bulan kepada lebih 700,000 penerima yang layak berstatus Miskin dan Miskin Tegar dengan jumlah peruntukan sehingga RM700 juta.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

kelayakan bantuan mykasih 2024

KELAYAKAN MOHON BANTUAN MYKASIH

Penerimaan Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan adalah terhad kepada yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Artikel Berkaitan :

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH 2024

TARIKH PENGKREDITANJUMLAH
22 Januari 2024RM 100
01 Februari 2024RM 100
01 Mac 2024RM 100
01 April 2024RM 100
01 Mei 2024RM 100
01 Jun 2024RM 100
01 Julai 2024RM 100
01 ogos 2024RM 100
01 September 2024RM 100
01 Oktober 2024RM 100
01 November 2024RM 100
01 Disember 2024RM 100

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MY KASIH 2024

Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan mengikut cara penggunaan bantuan seperti berikut :

  • Pilih Barangan Keperluan : Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan : Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan : Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad : Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan : Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
cara guna mykasih 2024

SEMAK NAMA PENERIMA MYKASIH 2024

  • Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  • Pada halama utama Portal Mykasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  • Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  • Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 93XXXXXXXXXX
  • Tekan butang [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluman anda, artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi MYKASIH

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :

Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Email : info@mykasih.com

Leave a Comment