BANTUAN ROADTAX PERCUMA 2024, SEMAK SYARAT KELAYAKAN BAGI MEMOHON BANTUAN INI SEGERA
PENGENALAN
Bantuan roadtax percuma adalah salah satu inisiatif kerajaan Malaysia yang telah diperkenalkan sejak Belanjawan 2022 dan diteruskan sehingga kini di tahun 2024. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang terjejas dalam keperluan asas kehidupan yang serba moden.
Kerajaan mengambil langkah ini sebagai usaha untuk memberikan perhatian dan bantuan yang sesuai kepada golongan yang layak, supaya semua rakyat Malaysia dapat menikmati keperluan asas kehidupan yang moden.
SYARAT KELAYAKAN BAGI MEMOHON BANTUAN ROADTAX PERCUMA
- Pemohon mestilah mempunyai lesen memandu.
- Individu OKU atau ibu bapa/penjaga atau pasangan telah pun berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)
- Kenderaan tersebut hendaklah didaftar dan dilesenkan atas individu OKU yang memohon
- Untuk memenuhi keperluan individu OKU, kenderaan tersebut perlu diubahsuai dengan cara yang sesuai.
- Hanya kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan kereta buatan tempatan yang boleh digunakan jika kereta belum diubahsuai.
- Pengecualian juga buat kepada kenderaan yang didaftarkan kepada ibubapa, penjaga, pasangan individu OKU
- Hanya terpakai untuk 1 kereta dan 1 motor sahaja
Baca Juga :
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN ROADTAX PERCUMA
Permohonan bantuan roadtax percuma adalah telah dibuka bermula sejak 15 Mac 2022 sepanjang tahun dan sehingga sekarang 2024 masih dibuka untuk permohonan. Jadi, anda boleh memohon bila-bila masa sahaja bagi mendapatkan bantuan ini.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN BANTUAN ROADTAX PERCUMA
Ini merupakan dokumen yang perlu dibawa ketika berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah seperti berikut :
- Salinan asal kad OKU dan salinannya;
- Kad pengenalan beserta salinan;
- Salinan lesen memandu; dan
- Surat wakil dan juga kad pengenalan wakil sekiranya wakil yang hadir ke kaunter.
CARA PERMOHONAN BANTUAN ROADTAX PERCUMA
Pemohon yang memenuhi kelayakan mestilah membuat permohonan di Pejabat Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) berhampiran. *Bagi individu dalam kategori OKU yang pertama kali mendaftar dan sertakan sekali borang permohonan cukai jalan. Untuk memuat naik borang sila klik di sini.
MAKLUMAT LANJUT
Semua maklumat yang pihak kami perolehi adalah daripada Portal Rasmi JPJ . Untuk maklumat lanjut anda boleh berhubung dengan pihak berwajib seperti dibawah;
Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Laman web rasmi : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama
No. Telefon Umum : 03 8000 8000
No. Faks : 03 8881 0194