BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 SEBULAN 2024 : MOHON SEKARANG

LATAR BELAKANG

Bantuan Bakul Makanan ialah salah satu inisiatif yang baru diperkenalkan pada tahun 2023 oleh Kerajaan MADANI. Bantuan ini berbentuk bakul makanan adalah bertujuan untuk menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

KAEDAH PEMBERIAN BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 SEBULAN

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

SENARAI BANTUAN BAKUL MAKANAN

Berikut adalah senarai barangan yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan RM100 sebulan :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak Masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman.
  • Makanan dalam tin.
  • Bahan perasa.
  • Produk kebersihan.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan persekolahan.

Info Lanjut : Penerima boleh rujuk 13 kategori produk (senarai di atas) mempunyai label MyKasih di rak tanda harga di kedai-kedai yang terpilih.

Baca Juga :

CARA PEMBELIAN BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 SEBULAN 2024

Berikut adalah cara pembelian dengan menggunakan bantuan RM100 sebulan :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih
  2. Pilih Barangan Keperluan
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  4. Imbas Kod Barangan
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Info Lanjut : Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa sehigga tarikh luput pada 31 Disember 2024.

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 SEBULAN 2024

Berikut merupakan cara semakan status bantuan bakul makanan di Portal Rasmi MyKasih.

  • Sila layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
  • Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  • Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  • Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  • Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Tekan butang [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluman anda, artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

Leave a Comment