I-Saraan KWSP 2025 : Terima RM 500 Dari kerajaan apabila mencarum di KWSP.
Program i-Saraan KWSP 2025 adalah satu kemudahan mencarum di bawah caruman sukarela yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ia memberi peluang kepada ahli yang bekerja sendiri, golongan yang tiada pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig menerima insentif khas daripada Kerajaan bagi tujuan persaraan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Faedah I-SARAAN KWSP 2025
- Insentif Khas daripada Kerajaan
- Bantuan Kematian
- Dapat Dividen Tahunan
- Pelepasan Cukai
Syarat Mohon i-saraAn KWSP 2025
Untuk daftar permohonan i-Saraan, anda perlulah ;
- Telah mendaftar sebagai ahli KWSP;
- Warganegara Malaysia;
- Belum mencapai umur 60 tahun;
- Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig
Post Trending : Cara Download APP Mykasih 2025 untuk Senarai Barang Mykasih Terkini 2025.
Contoh individu bekerja sendiri yang layak ialah:
- Peniaga Pasar Malam/ Gerai Makan
- Pemandu Grab/ E-hailing
- Freelancer – Penulis, Pelakon, Penyanyi, DJ dan sebagainya
- Usahawan Online – Dropship
- Pengasuh, Tukang Urut, Mekanik, Petani
Cara Mencarum I-SARAAN KWSP 2025
Anda boleh pilih mana-mana cara berikut untuk mencarum:
- Online Banking: Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, Public Bank, Muamalat
- Kaunter bank: BSN, Maybank, Public Bank
- Kaunter KWSP: Maksimum tunai RM500
- Ejen berdaftar: Seperti ejen BSN seluruh Malaysia
Cara Bayaran caruman I-SARAAN KWSP kepada penerima
Caruman i-Saraan akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), dan Akaun Fleksibel (Akaun 3) mengikut kadar agihan 75%,15% dan 10%.
Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, kesemua caruman i-Saraan akan dikreditkan ke Akaun Emas.
CARA Daftar I-SARAAN KWSP 2025
Pendaftaran i-Saraan sangat mudah dan boleh dibuat secara online:
- Layari laman: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms
- Klik butang ‘Register i-Saraan’
- Isi maklumat diri & sahkan nombor IC
- Terima pengesahan melalui emel atau SMS
Cara Semak Insentif I-SARAAN KWSP & Status
Bagi menyemak pengkreditan insentif RM500 telah dikreditkan atau tidak, anda boleh ikuti Langkah berikut:
- Log Masuk ke laman web rasmi kwsp: https://www.kwsp.gov.my/en/
- Pilih bahagian “Sumbangan Kerajaan”
- Lihat Transaksi terkini dalam Akaun 1
- Selesai
TIPS I-SARAAN UNTUK MAKSIMUMKAN INSENTIF RM500 ANDA
- Cuba kumpulkan RM2,500 caruman setahun untuk layak insentif maksimum RM500
- Carum secara konsisten setiap bulan (contoh: RM200 sebulan)
- Caruman Jan-Jun dikira untuk bayaran Ogos, caruman Jul-Dis dikira untuk bayaran Mac tahun seterusnya
- Gunakan auto-debit dari online banking untuk disiplin menabung
Rujukan
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan I-SARAAN KWSP 2025, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan KWSP : 03-8922 6000.
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-saraan