I-SURI KWSP: Suri Rumah, Balu, Ibu Tunggal dan Bujang Terima RM 300 Setahun Dari kerajaan apabila mencarum di KWSP.

I-SURI KWSP: Suri Rumah, Balu, Ibu Tunggal dan Bujang Terima RM 300 Setahun Dari kerajaan apabila mencarum di KWSP

i-Suri adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang. Ahli KWSP yang layak akan menerima Insentif Khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau apabila mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Inisiatif I-SURI KWSP ini bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh wanita, meningkatkan keselamatan kewangan mereka dan mengiktiraf peranan mereka yang tidak ternilai dalam masyarakat.

Tujuan I-SURI KWSP

Tujuan i-Suri ini diperkenalkan adalah untuk membolehkan wanita yang tersenarai dalam data eKasih mendapat manfaat seperti berikut:

  • Mempunyai jaminan pendapatan persaraan di usia tua bagi wanita rentan yang berisiko tinggi untuk berada dalam kemiskinan;
  • Menjaga kebajikan suri rumah di usia tua atau berlaku perubahan mengejut dalam rumah tangga;
  • Mengiktiraf sumbangan wanita dalam menjaga keharmonian rumah tangga dan negara; dan
  • Menggalakkan budaya menyimpan secara berterusan untuk pendapatan persaraan di usia tua.

POST TRENDING : MYSALAM 2025: SKIM PERUBATAN MADANI (CLAIM SEHINGGA RM 50 SEHARI JIKA BERMALAM DI WAD)

Kelebihan Mendaftar I-SURI KWSP

  • Mendapat Perlepasan Cukai
  • Dividen Tahunan
  • Bantuan Kematian
  • Menerima Insentif Khas sebanyak 50% Bagi setiap RM1 caruman.

Syarat Kelayakan Pemohon I-SURI KWSP

Kriteria kelayakan permohonan i-Suri adalah seperti berikut:

  • Ahli KWSP;
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur bawah 55 tahun;
  • Wanita yang berdaftar dengan eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya.

Cara Daftar I-SURI KWSP

Ahli yang tersenarai di dalam eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya boleh dibuat seperti berikut:

  • Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih
  • Pendaftaran kendiri melalui
    a. Aplikasi KWSP i-Akaun
    b. Secara dalam talian di laman web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli
    c. Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP
  • Hadir ke Pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M))

Kadar Insentif bagi Pencarum I-SURI KWSP

Jumlah kadar Insentif Khas i-Suri yang akan diterima adalah berdasarkan padanan sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman, tertakluk kepada had maksimum tahunan sebanyak RM300.

Kadar Caruman I-SURI KWSP

Tiada caruman minimum bagi caruman sukarela i-Suri. Bagaimanapun, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun berkenaan untuk melayakkan ahli menerima Insentif Khas maksimum tahunan sebanyak RM300.

Rujuk ilustrasi di bawah:

AhliJumlah Caruman Terkumpul Tahun SemasaAmaun Tahunan Insentif Khas
FatimaRM200RM100
CindyRM500RM250
LetchumyRM800RM300

Bagaimana Bayaran Caruman I-SURI Boleh dibuat

Ahli boleh membuat bayaran caruman i-Suri melalui saluran berikut:-

  • Aplikasi KWSP i-Akaun
  • Perbankan Internet
  • Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank
  • Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN
  • Bayaran secara cek dan draf bank di semua kaunter Peresitan Pejabat KWSP
  • Bayaran melalui Kad Debit dimana-mana Pejabat KWSP atau Pasukan Mobile KWSP/Relationship & Advisory (RA)
  • Self-Service Terminal (SST) – Bayaran menggunakan kad debit melalui payment terminal di Pejabat KWSP yang terpilih

Tarikh Bayaran Insentif I-SURI KWSP

Bayaran Insentif Khas i-Suri akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebanyak dua (2) kali setahun (tertakluk kepada penerimaan bayaran Insentif Khas daripada Kerajaan).

Kaedah Pembayaran Insentif I-SURI kepada Pencarum

Caruman i-Suri akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), dan Akaun Fleksibel (Akaun 3) mengikut kadar agihan yang ditetapkan masing-masing pada 75%, 15% dan 10%.

Rujukan

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan I-SURI KWSP 2025, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Talian Bantuan KWSP : 03-8922 6000.

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-suri

Leave a Comment