
BANTUAN JKM 2025 (Bulanan) : Semak Status, Kelayakan & Cara Mohon
(BANTUAN BULANAN SEHINGGA RM250 – RM 1000/ SEBULAN).
JKM menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan Persekutuan kepada golongan berkeperluan bagi maksud Pencegahan, Pemulihan, Perlindungan, Pembangunan dan Pengintegrasian (5P) kumpulan sasar Jabatan ke dalam masyarakat yang dilaksanakan melalui Praktis Kerja Sosial.
Bantuan JKM 2025 ini merupaan salah satu inisiatif utama pihak kerajaan bagi membantu golongan kurang bernasib baik untuk terus bertahan dalam suasana ekonomi mencabar. Melalui pelbagai jenis bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), golongan seperti warga emas, OKU, keluarga B40 dan penjaga anak pelihara diberi sokongan kewangan secara bulanan bagi menampung keperluan asas.
BACA JUGA: REBAT BIL ELEKTRIK SEHINGGA RM 40 SEBULAN
OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN JKM 2025
- Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan.
- Alat sokongan sosial (social support tools) untuk membantu penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.
- Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama keluarga/ komuniti/ masyarakat.
- Sebagai sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
KELAYAKAN MEMOHON
Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
Jenis Bantuan | KADAR BANTUAN BULANAN |
1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK) | RM200 – RM1,000 sebulan mengikut pecahan berikut: – RM250.00 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah. – RM200.00 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun. |
2.Bantuan Anak Pelihara (BAP); | RM250 (1 orang Kanak-kanak) sehingga RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih |
3.Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU); | RM450 sebulan seorang. |
4.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB); | RM300 sebulan seorang |
5.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT); | RM500 sebulan seorang |
6.Bantuan Warga Emas (BWE); | RM600 sebulan seorang |
7.Bantuan Am Negeri (BA); | Berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing |
8.Bantuan Am Persekutuan (BP) | RM150 – RM500 sebulan sekeluarga |
9.Bantuan Latihan Perantis (BLP); | RM200 sebulan seorang |
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN JKM 2025(KANAK-KANAK)
Berikut merupakan syarat-syarat khas mengikut kategori bantuan.
Kanak-kanak (BKK)
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
- Keluarga/ penjaga dan anak/ kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu/ bapa mereka/ penjaga/ saudara-mara/ lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
- Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu/ bapa bukan warganegara/ diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu/ bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;
- Anak/ kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK)/ Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK; dan
- Anak/ kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK.
ANAK PELIHARA (BAP);
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada kanak-kanak seperti berikut:
- Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak mestilah warganegara Malaysia;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara seperti berikut:
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001; atau
- Kanak-kanak yang dijaga oleh waris atau keluarga ganti yang mempunyai pertalian saudara dan berkelayakan serta bukan melalui Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dan mana-mana Undang-Undang Mahkamah berkaitan; atau
- Kanak-kanak yang tinggal di Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan secara percuma adalah tidak layak.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN JKM 2025 (WARGA EMAS)
WARGA EMAS (BWE);
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
- Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN JKM 2025(OKU BEKERJA)
ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU);
- Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun ke atas dan bukan penuntut di mana-mana institusi pendidikan;
- Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM; dan
- Pendapatan bulanan minimum RM100.00 sehingga RM1,700.00 (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain).
ORANG KURANG UPAYA TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB);
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun;
- Pemegang Kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
- Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:
- Kefungsian yang terhad dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan; atau
- Persekitaran yang menghalang pemohon untuk akses kepada pekerjaan;
- Pemohon bukan penghuni/ pelatih institusi kendalian JKM; atau Pusat Jagaan Harian/ Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
- Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar/ Pegawai Perubatan/ Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan/ Swasta yang Berdaftar bagi kes OKU Mental; atau dalam keadaan tertentu, memadai dengan pengesahan Pegawai JKM dan direkodkan dalam laporan siasatan; dan
- Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.
Nota: Pendapatan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain.
PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT);
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar; atau
- Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan [tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan]. layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri; atau
- Sekiranya OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
BANTUAN JKM 2025 (KERAJAAN PERSEKUTUAN/ KERAJAAN NEGERI)
(BA) PERSEKUTUAN;
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; dan
- Faktor-faktor lain yang difikirkan sesuai dengan mengambil kira keadaan ekonomi, kesihatan dan tanggungan pemohon.
Bantuan Am Negeri (BA);
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain
CARA MOHON BANTUAN JKM 2025
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan seperti :
- salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
- salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama,
- salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama,
- salinan penyata gaji (jika ada),
dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Setiap Permohonan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang betul, beserta Borang Yang diperlukan dan dihantar ke pejabat JKM yang berhanpiran tempat tinggal anda untuk diproses. Borang-borang yang diperlukan boleh di dapati di Bawah.
DOWNLOAD BORANG BANTUAN JKM 2025
Disini disediakan Borang-borang yang perlu anda isi dan hantar Bersama Salinan dokumen Ketika menghantar permohonan Bantuan Bulanan JKM 2025.
- JKM 18 Borang Permohonan Bantuan : KLIK DISINI
- JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan : KLIK DISINI
- Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019 : KLIK DISINI
CARA PEMBAYARAN BANTUAN JKM 2025
Pembayaran dibuat setiap bulan melalui akaun bank penerima. Pastikan maklumat akaun dikemaskini semasa permohonan. Jika terdapat isu pembayaran, boleh rujuk pejabat JKM atau log masuk semula ke portal eBantuan.
RUJUKAN
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat disini:
Pejabat JKM Negeri Masing-Masing
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan