Semak Sekarang Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 2024
PENGENALAN BANTUAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40
Menerusi Pembentangan Bajet 2024 yang lepas, Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah yang berada dalam kategori miskin tegar dengan peruntukan RM55 Juta. Dengan itu, setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih dan dikategorikan sebagai Miskin Tegar sahaja yang layak menerima rebat bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40
Untuk layak menerima rebat, Ketua Isi Rumah (KIR) perlu memenuhi beberapa syarat seperti berikut:
- Status KIR Miskin Tegar: Penerima rebat perlu disenaraikan dan disahkan sebagai KIR berstatus miskin tegar dalam Sistem eKasih. Ini memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang memerlukan secara tepat.
- Bil Elektrik Sehingga RM40: Program ini membolehkan penerima menerima rebat sehingga maksimum RM40 setiap bulan. Rebat ini terpakai hanya kepada Tarif A iaitu tarif rumah kediaman atau domestik sahaja. Jika bil elektrik kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya. Sekiranya bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.
- Satu Akaun Bil Elektrik Sahaja : Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih hanya berhak untuk menerima rebat bagi satu akaun bil elektrik.
Info Lanjut |
Semak Sini : Semakan Penerima Bantuan MyKasih 2024
CARA SEMAK BANTUAN REBAT BIL ELEKTRIK RM40 2024
Pengguna yang ingin membuat semakan ke atas rebat bil elektrik mereka boleh melawat Portal Semakan Rebat Bil Elektrik dibawah seliaan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui laman sesawang rasmi NRECC. Semakan boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk memastikan status dan kelayakan.
Klik di sini untuk memuat naik borang permohonan rebat dan ;
Klik di sini untuk menyemak permohonan.
TEMPOH KELAYAKAN
Rebat bil elektrik RM40 akan diberikan kepada penerima bermula dari tarikh kelayakan atau tarikh kemas kini maklumat akaun sehingga 31 Disember 2023. Ini berdasarkan tarikh bil elektrik masing-masing pengguna. Program ini bertujuan memberikan bantuan yang berkesan dan menyeluruh kepada golongan miskin tegar untuk membantu mereka menguruskan perbelanjaan bulanan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat anda sumber artikel ini di adalah benar dan dirujuk daripada portal rasmi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) .
Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi pihak berwajib di beberapa talian hotline yang telah disediakan atau mengunjungi cawangan utiliti yang terdekat :
- MyGCC : 03 8000 8000
- TNB : 1 300 88 5454
- SESB (Sabah) : 088 515 000 15454
- Sarawak Energy (Sarawak) : 1 300 88 3111