SEMAKAN PERMOHONAN STR BUJANG 2024

Berita baik untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan telah bersetuju meningkatkan peruntukan sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit untuk disalurkan kepda rakyat. Berikut dikongsikan semakan permohonan STR Bujang 2024 Fasa 1.

APA ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada golongan miskin, B40 dan M40 mengikut kategori bujang, isi keluarga dan warga emas.

Dengan penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR). Kadar minimum STR bagi golongan belia akan meningkat daripada RM350 kepada RM500.

KELAYAKAN STR BUJANG 2024

Individu Bujang yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan akan disaring dan dipertimbangkan oleh Kerajaan. Berikut adalah syarat kelayakan bujang STR :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 hingga 59 tahun
  • Bujang
  • Jumlah pendapatan bawah RM 2500 sebulan
  • Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak
  • Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

LAIN-LAIN BANTUAN KERAJAAN :

TARIKH PEMBAYARAN str bujang 2024

Jumlah pembayaran STR Bujang 2024 adalah sebanyak RM350. Namun begitu, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat melalui 4 fasa. Ini merupakan tarikh bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024:

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

JUMLAH PEMBAYARAN STR BUJANG 2024 FASA 1

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima bagi Fasa 1 STR 2024 .

PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1 SEBANYAK RM100 AKAN DIKREDITKAN MULAI 29 JANUARI 2024.

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 secara berperingkat, berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024.

CARA PEMBAYARAN STR FASA 1

Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun masing-masing mulai 29 Januari 2024 secara berperingkat.

Bagi pemohon yang tiada akaun bank, bayaran secara tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Malaysia (BSN) mulai tarikh yang sama, iaitu 29 Januari 2024.

Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. Hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan pengambilan tuntutan secara tunai ini.

CARA PERMOHONAN STR BAHARU

Permohonan baharu STR 2024 boleh dikemukakan melalui:

Kaedah penghantaran borang dan dokumen sokongan adalah seperti berikut:

  • Muat naik secara dalam talian di Laman Rasmi STR semasa kemas kini permohonan atau permohonan baharu;
  • Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL;
  • Dokumen dan borang yang telah lengkap diisi diposkan ke Alamat Kementerian Kewangan di Sekretariat STR Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Presint 2, 62592 Putrajaya.

CARA SEMAK STATUS BANTUAN STR BUJANG FASA 1

Ini adalah cara – cara semakan STR Fasa 1 di Portal Rasmi MySTR seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Status MySTR LHDNM di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Semua maklumat di atas adalah dirujuk daripada portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment