Bantuan Rumah PPR 2024 : Sukacita dimaklumkan bahawa semua permohonan Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
APA ITU BANTUAN RUMAH PPR 2024?
Program Perumahan Rakyat merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk penempatan semula rumah setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan merupakan agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.
JENIS RUMAH PPR 2024
PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).
BANTUAN RUMAH PPR DIMILIKI
Kerajaan telah melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan bagi membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
BANTUAN RUMAH PPR DISEWA
Program PPR Disewa ini telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
CIRI-CIRI RUMAH PPR 2024
Ciri-ciri PPR adalah sama bagi kedua-dua jenis Projek PPR iaitu Projek PPR (dimiliki) dan Projek PPR (disewa). Berikut adalah ciri-ciri PPR.
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RUMAH PPR 2024
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
BACA JUGA :
CARA MOHON BANTUAN RUMAH PPR 2024
Bagi permohonan rumah ppr secara online, pemohon boleh memohon Rumah PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) pada portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my/.
- Daftar Portal Rasmi SPRN
- Layari Portal Rasmi SPRN https://sprn.kpkt.gov.my/
- Pemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN.
- Lengkapkan butiran diri untuk proses pendaftaran.
- Aktifkan Akaun & Log Masuk
- Setelah berjaya mendaftar, semak e-mel dan klik pautan yang diberi untuk pengaktifan akaun.
- Klik pada ‘Log Masuk Pemohon’ menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.
- Pilih Skim
- Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan.
- Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim.
- Ini bagi memudahkan pemohon mengenalpasti projek yang dibuka untuk permohonan.
- Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’ sama ada ingin memohon PPR Disewa atau PPR Dimiliki.
- Masukkan Maklumat Pemohon
- Masukkan Maklumat pemohon, Maklumat Pendapatan, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Tanggungan yang diperlukan seperti di paparan.
- Setelah lengkap, klik butang ‘Simpan’.
- Pilih Projek
- Klik pautan ‘Projek’ untuk memohon projek.’
- Klik ikon projek yang dipapar atau menggunakan carian projek menggunakan nama projek dan negeri.
- Klik butang “Mohon Unit Ini” untuk memohon unit PPR di dalam projek tersebut.
- Klik butang “Ya” untuk meneruskan proses dan butang “Tidak” untuk membatalkan proses pengesahan.
- Muatnaik Dokumen Sokongan
- Muatnaik Dokumen Sokongan seperti yang dipaparkan mengikut keperluan.
- Muat naik dokumen di dalam format hanya PDF dan saiz dokumen tidak melebihi 3MB.
- Pengesahan & Hantar
- Tandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang “Sah & Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.
- *Rujuk manual penuh oleh SPRN di SINI.
MAKLUMAT LANJUT
Semua maklumat adalah dirujuk daripada Jabatan Perumahan Negara (JPN) https://teduh.kpkt.gov.my/.
Jika terdapat sebarang pertanyaan sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.
Tel : 03 – 8891 4475
Email : teduh@kpkt.gov.my
Talian Helpdesk : 03 8891 4489/3717/4451/4450/4449
RUMAH PPR
Tolong saya nak rumaah saya anak yatiam
Thanks for the complete information. You helped me.