SEMAK KELAYAKAN BANTUAN KANAK-KANAK 2024

APAKAH BANTUAN KANAK-KANAK 2024 ?

Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah insentif yang dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak (BKK). Atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program ini bagi sesi tahun 2024.

Bantuan kanak-kanak 2024 ini adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2024 yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM (Jabatan Kebajikan Kanak-kanak) . Tujuan program ini diadakan adalah bagi meringankan beban keluarga/ penjaga kepada anak-anak yang kurang berkemampuan.

Program Bantuan (BKK) 2024 : Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini diteruskan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Untuk makluman, kadar bayaran BKK pada tahun ini adalah minimum RM100 sehingga maksimum RM1,000 sekeluarga.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN KANAK-KANAK 2024

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi permohonan bantuan khas BKK ini telah ditetapkan seperti di bawah :

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

INFO TAMBAHAN :

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Artikel Berkaitan :

jumlah BAYARAN BANTUAN BKK 2024

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menetapkan kadar bayaran bantuan kanak-kanak bagi tahun ini adalah serendah minimum RM100 seorang. Bantuan boleh didapatkan sehingga maksimum RM1,000 sebulan bagi satu keluarga.

Kadar bayaran dipecahkan mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

  • Kanak-kanak (6 tahun dan kebawah) : RM200 seorang
  • Kanak-kanak (7 tahun hingga 18 tahun) : RM150 seorang
  • Maksimum untuk sebuah keluarga : RM1,000

CARA PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK 2024

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti;

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan

Muat naik borang disini

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan

JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

PANDUAN UNTUK MEMOHON BKK 2024

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi – eBantuan (BKK) .

MAKLUMAT LANJUT

Semua maklumat di atas adalah benar dan dirujuk daripada Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat . Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah, anda boleh berhubung dengan pihak berwajib seperti berikut ;

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Email : pro_jkm@jkm.gov.my

Leave a Comment