SEMAK KELAYAKAN ANDA DAN CARA MOHON
RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) 2024
Bantuan Rumah Mesra Rakyat 2024- Program ini ialah salah satu inisiatif bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Rumah Mesra Rakyat (RMR) memperuntukkan sebuah rumah yang bernilai RM 75,000 sehingga RM 85,000. Rumah ini direka dengan rumah sebuah satu (1) tingkat tiga (3) bilik tidur dan satu (1) bilik air. Dengan keluasan dalam rumah sebanyak 750kps dan keluasan tanah sebanyak 300kps.
Dengan memfokuskan kepada golongan yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan. sehingga 30 November 2023, jumlah permohonan sebanyak 182 729 telah dipohon dan lebih 64,115 buah rumah telah berjaya disiapkan.
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN RUMAH MESRA RAKYAT 2024
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Info Tambahan |
2. Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
CARA MOHON BANTUAN RUMAH MESRA RAKYAT 2024
Ini adalah cara bagi memohon Rumah Mesra Rakyat.
Layari laman web: https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/
Seterusnya;
- TEKAN BUTANG PERMOHONAN
- KLIK PENDAFTARAN BARU
- Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
- PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN
- Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
- LOG MASUK KE LAMAN UTAMA
- Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
- MELENGKAPKAN BORANG ONLINE
- Isi maklumat ke dalam sistem
- SELESAI MENGISI BORANG ONLINE
- Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang
- MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB
- Memajukan borang beserta dokumen ke
- Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan (mengikut negeri masing-masing)
- SEMAKAN DAN PENILAIAN OLEH PIHAK SPNB
- Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan
Baca Juga :
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
- Salinan kad pengenalan tuan tanah.
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang.
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
- Salinan sijil nikah pemohon.
- Borang laporan tapak bergambar.
Info Tambahan |
2. SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
3. Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
4. Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.
SEMAKAN STATUS LULUS RUMAH MESRA RAKYAT 2024
- Maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga bulan.
- Kelulusan akan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan.
- Untuk pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.
TANGGUNGJAWAB PEMOHON (SEKIRANYA LAYAK)
- Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
- Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
- Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
- Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
- Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.
MAKLUMAT LANJUT
Semua maklumat adalah dirujuk daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Alamat ibu pejabat: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. - E-mel : https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/
- Telefon: 03-7849 2000 atau 03-7849 2020