Program Bantuan Madani (SARA) 2025: Sumbangan Asas Rahmah Tahun 2025

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa Sumbangan Asas Rahmah )SARA) akan diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin tegar.
Penerima yang layak dikenalpasti berdasarkan data Miskin Tegar eKasih dan berstatus lulus Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah layak untuk memohon bantuan Sumbangan Asas Rahmah ini.
BACA JUGA: BANTUAN ROADTAX PERCUMA-SEMAK SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
Penerima yang layak akan menerima RM100 setiap bulan secara automatik melalui Kad Pengenalan (MyKad) bagi tempoh 12 bulan. Barangan makanan keperluan asas daripada kategori yang diluluskan boleh dibeli menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) penerima di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
APA MAKSUD BANTUAN SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.
Dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100 sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama iaitu melalui MyKad.
SYARAT UNTUK MOHON SARA
Kelayakan untuk memohon program ini adalah terhad kepada mereka yang memenuhi semua kriteria seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Jumlah Bantuan SARA 2025
Dua (2) kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan mulai Januari hingga Disember tahun yang sama serta layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak).
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA 2024 akan menerima sumbangan mengikut kategori STR seperti berikut:

Semak Status layak SARA 2025
Semua penerima SARA yang layak akan menerima surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA di alamat berdaftar dalam permohonan STR. Selain itu, semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui kaedah berikut:
- Layari laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Laman Web Rasmi MyKasih: https://www.mykasih.com.my
Semakan Terus Melalui Portal Rasmi MyKasih
- Layari portal semakan di portal MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK KELAYAKAN.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
- Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
- Jika status anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.
KAEDAH PEMBAYARAN SARA
Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih.
Pasar raya / kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program SARA akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.
TARIKH BANTUAN SARA DIKREDITKAN
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang makanan asas terpilih. Pembayaran pertama tahun 2025 Telah di umumkan iaitu bermula 15 Januari 2025 (bagi penerima yang berdaftar dengan ekasih) manakala bermula April 2025 (bagi penerima Lulus STR 2025).
maklumat lanjut
Maklumat lanjut berkenaan SARA bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia boleh didapati di:
Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com.my; atau
Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800
PENAFIAN
Pihak kami bukan dari mana-mana agensi Kerajaan terlibat. Maklumat yang terdapat dalam portal kerjakini.com adalah sahih dan diolah dari sumber rasmi kerajaan dan sumber yang dipercayai untuk memudahkan proses permohonan.