BANTUAN SURI RUMAH 2024 RM300 : semak KELAYAKAN

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SURI RUMAH RM300 2024 : SEMAK SEKARANG

Untuk memastikan kesejahteraan dan mengiktiraf golongan suri rumah kepada keluarga dan pembangunan negara, Kerajaan Madani telah menawarkan inisiatif bantuan suri rumah 2024 untuk golongan suri rumah yang bernilai sehingga RM300 kepada yang berkelayakan.

Bagaimanakah cara semakan kelayakan bantuan suri rumah RM300? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

APA ITU BANTUAN SURI RUMAH

Bantuan Suri Rumah ini adalah untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas sehingga RM300 setahun daripada Kerajaan melalui i-Suri 2024. Seperti ahli KWSP yang bekerja, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan serta layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk terma dan syarat yang telah ditetapkan).

BACA JUGA :

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH RM300 2024

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan suri rumah seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berdaftar sebagai ahli KWSP;
  • Berumur 55 tahun ke bawah; dan
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat senarai terkini.

FAEDAH BANTUAN SURI RUMAH

Berikut merupakan kelebihan yang dapat daripada bantuan suri rumah seperti di bawah :

  • Mempunyai jaminan pendapatan persaraan di usia tua .
  • Menjaga kebajikan suri rumah di usia tua atau berlaku perubahan mengejut dalam rumah tangga.
  • Mengiktiraf sumbangan suri rumah dalam menjaga keharmonian rumah tangga dan negara.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SURI RUMAH RM300

Semakan hanya boleh dibuat sekiranya pemohon telah berdaftar untuk caruman i-Suri KWSP sahaja. Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih. Ikuti cara pendaftaran seperti berikut :

Pendaftaran kendiri:

  • Melalui aplikasi KWSP i-Akaun
  • Secara dalam talian di laman web KWSP

Pendaftaran di Self-Service Terminal (SST)

Hadir ke Pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M)).

MAKLUMAT LANJUT

Semua maklumat yang disampaikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP yang berkaitan i-Suri. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian : 03-8922 6000.

Leave a Comment