Bantuan SARA Dalam MyKad 2025 : Penerima Bantuan Sara Bakal dapat Bantuan Bulanan Sepanjang Tahun.

BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM 200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras bagi membolehkan lebih banyak hasil negara dapat dikongsikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan melalui Program Bantuan SARA dalam Mykad melalui pembelian MyKasih, selaras dengan nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras dalam Ekonomi MADANI.

Bagaimanakah semak status bantuan SARA dalam mykad sebanyak rm200/ rm100/ rm50 setiap bulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN REBAT BIL ELEKTRIK RM 40

JUMLAH PENERIMA LAYAK MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Pada tahun 2024, penerima Bantuan SARA dalam MyKad hanyalah seramai 0.7 juta sahaja. Pada tahun 2025, kerajaan bakal meluaskan penyaluran kepada lebih ramai yang layak :

KELAYAKAN PENERIMA JUMLAH PENERIMA LAYAK
Bantuan SARA DALAM MYKAD
1. Lulus STR 2025
(Bermula April 2025)
2. Nama berada Dalam Senarai E-kasih
(Bermula Januari 2025)
Penerima Sedia Ada 0.7 juta penerima
Penerima Baharu 4.7 juta penerima

Menjadikan jumlah keseluruhan penerima yang layak menerima MyKasih Dalam MyKad pada tahun 2025 adalah seramai 5.4 juta merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

JADUAL PENYALURAN Bantuan Sara DALAM MYKAD 2025

Berikut merupakan jadual penyaluran Bantuan SARA Dalam MyKad penerima sedia ada dan penerima baharu bagi sepanjang tahun 2025 :

TARIKH PENYALURAN
MYKASIH DALAM MYKAD
(PENERIMA SEDIA ADA)
TARIKH PENYALURAN MYKASIH DALAM MYKAD
( PENERIMA BAHARU)
15 Januari 2025
Februari 2025
Mac 2025
April 2025April 2025
Mei 2025Mei 2025
Jun 2025Jun 2025
Julai 2025Julai 2025
Ogos 2025Ogos 2025
September 2025September 2025
Oktober 2025Oktober 2025
November 2025November 2025
Disember 2025Disember 2025

*Dijangka tarikh penyaluran pada bulan seterusnya adalah setiap 1 hari bulan (sama seperti tahun sebelum ini).

KADAR AMAUN DISALURKAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Kadar amaun yang bakal disalurkan kepada penerima bantuan Sara dalam mykad ini adalah seperti berikut:

semak STATUS KELAYAKAN bantuan sara DALAM MYKAD 2025

Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima MyKasih dalam MyKad seperti berikut :

Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.

  1. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  3. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  4. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  5. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
  6. Halaman utaman Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  7. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  8. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  9. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  10. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  11. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  12. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  13. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  14. Status bayaran [Bantuan MyKasih SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  15. Selesai.

senarai barang lulus sara

Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan SARA dalam MyKad untuk membeli :

Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.


Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.

CARA GUNA bantuan sara DALAM MYKAD 2025

Berikut merupakan cara-cara menggunakan Bantuan MyKasih Dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas :

Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran anda (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).

  • Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut 13 kategori produk yang diluluskan.
  • Di kaunter, tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  • Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih.
  • Tukar 6-digit nombor PIN daripada nombor awal MyKad kepada nombor PIN yang baharu.
  • Pengesahan transaksi bayaran hanya dengan MyKad.
  • Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : info@mykasih.com

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/

Leave a Comment