BKOKU & PPK 2025 : BANTUAN KEWANGAN SAMBUNG BELAJAR OKU

Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan selaras dengan objektif bantuan ini yang bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang mengikuti pengajian di IPT.
Bagaimanakah memohon bantuan kewangan sambung Belajar OKU ini? Ikuti info lanjut dibawah
JENIS BANTUAN KEWANGAN OKU
- Bantuan Pengajian Tinggi KPT (BKOKU)
- Program Pendidikan Khas (PPK)
OBJEKTIF BANTUAN KEWANGAN
Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT
CARA MEMOHON BANTUAN KEWANGAN
Cara memohon Bantuan Kewangan Sambung Belajar OKU adalah seperti berikut:
- Pemohon perlu membuat permohonan dengan mengemukakan salinan dokumen yang dinyatakan dengan lengkap melalui sistem Penajaan OKU (SisPO).
- Hanya Invois Asal yang perlu dimuatnaik melalui Sistem Penajaan OKU (SisPO).
atau anda boleh mendaftar di LINK yang disediakan disini : https://bkoku.mohe.gov.my/login
SYARAT PEMBIAYAAN BANTUAN
Bagi BKOKU adalah seperti berikut:
- Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja;
- Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk bantuan kewangan OKU ini;
- Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.
Bagi PPK adalah seperti berikut:
Skop pembiayaan PPK adalah tertumpu kepada Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih sahaja dari Sijil Kemahiran Khas.
Senarai Institusi dan Nama Program yang Terlibat:
INSTITUSI | Nama Program |
Politeknik Ungku Omar | Sijil Khas Pembinaan |
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal |
Politeknik Kota Kinabalu | Sijil Khas Operasi Katering |
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin | Sijil Khas Operasi Katering |
Politeknik Ibrahim Sultan | a. Sijil Khas Operasi Katering b. Sijil Khas Reka Bentuk Fesyen c. Sijil Khas Reka Bentuk Grafik |
Kolej Komuniti Selayang | Sijil Asas Kulinari |
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN OKU
Bagi Bantuan Kewangan Sambung Belajar OKU Di KPT ialah;
- Pelajar warganegara Malaysia;
- Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
- Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
- Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja;
- Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik;
- Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini;
- Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya semasa melanjutkan pengajiannya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pengajian di IPT kerana keistimewaannya, elaun khas ini tidak akan dipanjangkan kepada beliau;
- Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian);dan
- Bagi pelajar yang ingin memohon perlanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses perlanjutan tersebut. Hal ini kerana tempoh tajaan Bantuan kewangan ini adalah mengikut tempoh surat tawaran asal. Pelajar yang ingin menukar tempat pengajian dalam tempoh pembiayaan BKOKU, hendaklah maklum kepada pihak kementerian secara bertulis dan juga kepada pihak institusi pengajian sebelum dari tempoh lapor diri di tempat pengajian baru.
Bagi Program Pendidikan Khas (PPK)
- Pelajar OKU yang mempunyai kod DD atau DE (Pendengaran sahaja) di Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih.
JUMLAH BANTUAN KEWANGAN OKU
- Pembiayaan ini meliputi yuran pengajian dan elaun wang saku sebanyak RM400 sebulan dengan kadar maksimum RM6,200 setahun (mengikut kalendar akademik) atau RM24,800 sepanjang tempoh pengajian.
Senarai Yuran Layak dan Yuran Tidak Layak:
Yuran Pengajian Yang LAYAK Dituntut | Yuran Pengajian Yang TIDAK LAYAK Dituntut |
Yuran Pendaftaran Pengajian | Yuran Penempatan / Yuran Asrama |
Kad Kampus / Kad Matrik | Insuran Kesihatan / Perlindungan Insuran |
Yuran Perpustakaan | Yuran Kebajikan / Persatuan / Alumni / Aktiviti / Khairiat |
Yuran Peperiksaan | Yuran Kelengkapan / Tabung Pengurusan MPA |
Yuran Perkhidmatan | Yuran Pencalonan |
Yuran Ko-Kurikulum/ Sukan | Tabung Kecemasan |
Yuran Graduasi (Jika bergraduat dalam tempoh tajaan sahaja) | Elaun Buku |
Yuran Pemeriksaan / Yuran Tesis | Elaun Sara Hidup |
Yuran Komputer | Elaun Tesis |
Yuran Peralatan / Bahan Makmal | Elaun Latihan Amali / Klinikal / Kerja Lapangan |
Elaun Perjalanan / Tambang | |
Elaun Akhir Pengajian | |
Elaun Penyelidikan | |
Elaun Pengangkutan |
JUMLAH BANTUAN KEWANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPK)
SEMESTER | JUMLAH BANTUAN |
Semester 1 sahaja | RM 4,260 / Semester |
Semester 2 – 4 | RM 3,960 / Semester |
MAKLUMAT PEMBIAYAAN BANTUAN KEWANGAN SAMBUNG BELAJAR OKU
KATEGORI MOD PENGAJIAN | JENIS PEMBIAYAAN | YURAN | WANG SAKU |
SEPENUH MASA | Pinjaman Pelajaran Pembiayaan Sendiri | / X | / / |
SEPARUH MASA | Pinjaman Pelajaran Pembiayaan Sendiri | / X | X X |
TEMPOH PENAJAAN BANTUAN KEWANGAN OKU
PERINGKAT PENGAJIAN | TAHUN PENGAJIAN | JUMLAH PEMBIAYAAN |
Sijil Asas/ SIJIL (PKK) | 2 Tahun | Kolej Komuniti & Politeknik (Had Pembiayaan RM 6,200 – RM 12,400) |
Sarjana Muda | 4 Tahun | Had Pembiayaan RM 6,200 – RM 24,800 |
Sarjana | 2 Tahun | Had Pembiayaan RM 6,200 – RM 12,400 |
Diploma | 3 Tahun | Had Pembiayaan RM 6,200 – RM 18,600 |
Diploma Lepasan Ijazah | 2 Tahun | Had Pembiayaan RM 6,200 – RM 12,400 |
PHD | 4 Tahun | Had Pembiayaan RM 6,200 – RM 24,800 |
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN OKU
Permohonan BKOKU DAN PPK telah dibuka bermula 1 Januari 2025 (8:00 Pagi) Sehingga 30 Oktober 2025 (5:00 Petang)
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Kewangan Sambung Belajar OKU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Talian Bantuan : +603 8870 6347
Laman Bantuan : https://bkoku.mohe.gov.my/#utama
Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bkoku.mohe.gov.my/#hubungi