PANDUAN LENGKAP DAFTAR PLKN 3.0 SIRI 2 2025: STATUS PELATIH LAYAK (LULUS) / TIDAK LAYAK/ CALON SIMPANAN

PANDUAN LENGKAP DAFTAR PLKN 3.0 SIRI 2 2025: STATUS PELATIH LAYAK (LULUS) / TIDAK LAYAK/ CALON SIMPANAN.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) ini bertujuan untuk memupuk budaya belia Malaysia dalam pelbagai aspek, termasuk disiplin, kepimpinan, kemahiran, dan kerjasama. Program ini adalah DIWAJIBKAN dan menjadi satu kesalahan jika pelatih tidak dapat melaporkan diri pada masa yang ditetapkan.

Bagaimanakah Langkah yang perlu diambil jika anda LULUS PLKN 3.0 ini? Ikuti Langkah dibawah.

Baca juga: MYSALAM 2025: INSURAN KESIHATAN PERCUMA BUAT GOLONGAN B40 DAN M40

OBJEKTIF DAFTAR PLKN 3.0 SIRI 2 2025

Seperti yang anda sedia maklum, Objektif PLKN 3.0 ini adalah untuk memupuk muda belia supaya berpewatakan positif, bersemangat patriotic, dan memupuk jati diri, perpaduan kaum dan integrasi Nasional ke arah melahirkan bangsa Malaysia yang sayang dan cinta akan tanah air.

SYARAT KELAYAKAN PELATIH PLKN 3.0 SIRI 2

Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pelajar Lepasan SPM;
  • Calon Berusia antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental; DAN
  • Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.

Semak Status PLKN 3.0 2025

Tawaran Pelatih PLKN 3.0 2025 boleh disemak secara online seperti berikut:

Layari Portal Rasmi Semakan Tawaran PLKN: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form

  1. Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
  2. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
  3. Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
  4. Kemudian, Klik [Semak]
  5. Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.

Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0]

LULUS PLKN 3.0 SIRI 2 2025- Apa Langkah seterusnya?

  1. Proses pendaftaran bermula setelah pelatih selesai membuat semakan tawaran.
    Jika pelatih ditawarkan maka pelatih perlu membuat pendaftaran dengan klik ” Daftar”.
  2. Seterusnya, masukkan «Alamat Emel Terkini» pelatih dan klik “Pengesahan”. Notis pengesahan emel akan dihantar ke alamat emel yang telah dimasukkan.
    3.Masukkan «Kod Verifikasi» yang diterima melalui emel ke dalam «Kotak Kod Sementara» seterusnya klik “Hantar”
  3. Pelatih boleh mengisi maklumat diri pelatih dan katalaluan yang sesuai bagi tujuan pendaftaran dan klik pada «Kotak Captcha» serta «Butang Daftar».
  4. Paparan «Pendaftaran Berjaya» akan dipaparkan. Seterusnya, paparan Laman Login Utama Sistem PLKN3.0 akan dipaparkan.

Setelah Berjaya membuat pendaftaran, pelatih perlu Login Sistem untuk mengisi maklumat peribadi yang diperlukan.

Berikut adalah Panduan untuk calon Login Sistem bagi mengisi maklumat peribadi yang diperlukan.

  1. Login ke system, dengan mengisi no kad pengenalan, kata laluan dan klik pada kotak captcha.
  2. Klik “Log Masuk”. maklumat Tawaran Pelatih akan dipaparkan.
  3. Klik pada “Surat Tawaran” dan Muat turun surat tawaran pelatih.
  4. Klik pada “Keperluan Peralatan Latihan PLKN 3.0” dan muat turun dokumen serta peralatan Latihan yang diperlukan.
  5. Setelah selesai, Klik pada “Butang Terima Tawaran”.
  6. Seterusnya, klik pada ” muat turun dokumen borang kesihatan dan borang kebenaran ibu bapa”.

PILIHAN MAKLUMBALAS TAWARAN PLKN 3.0

Setelah Langkah di atas selesai, pelatih boleh memberi maklum balas tawaran. Maklum balas terbahagi kepada 3 iaitu

  1. TERIMA TAWARAN “Klik Kemaskini”
  2. PERMOHONAN TANGGUH TAWARAN “Klik Penangguhan”
  3. PERMOHONAN KECUALI TAWARAN “Klik Pengecualian”

Nota : Pastikan Pelatih telah menjalankan Latihan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum memberi maklumbalas tawaran.

TERIMA / KEMASKINI TAWARAN DAFTAR PLKN 3.0 SIRI 2

  1. Pelatih perlu mengemaskini/ memuat naik;
    • Maklumat Peribadi
    • Maklumat Keluarga
    • Maklumat Pendidikan
    • Gambar Passport
    • Borang Kesihatan
  2. Setelah semua maklumat diisi dengan betul, pelatih perlulah menyemak terlebih dahulu semua maklumat adalah betul dan klik “Hantar”

PENANGGUHAN TAWARAN PLKN 3.0

a) Sekiranya Pelatih berhasrat untuk menangguh daftar PLKN 3.0 SIRI 2 maka pelatih boleh klik “Penangguhan”
b) Pelatih perlu mengisi alasan penangguhan, gambar passport dan memuat naik dokumen pembuktian seterusnya mengisi tempoh masa penangguhan.
c) Pelatih perlu klik «Kotak Perakuan» dan seterusnya klik pada “Hantar”.

PENGECUALIAN DAFTAR PLKN 3.0 SIRI 2 2025

a) Sekiranya, Pelatih berhasrat untuk menangguh tawaran latihan maka pelatih boleh klik “Pengecualian”.
b) Pelatih perlu mengisi alasan pengecualian, gambar passport dan memuat naik dokumen pembuktian.
c. Pelatih perlu klik “Perakuan” dan Klik “Hantar”.

Nota:

  • Pelatih perlu menyemak kembali status permohonan selepas SATU (1) minggu Tarikh Tutup Maklumbalas.
  • Sekiranya permohonan penangguhan tidak lulus maka pelatih perlu lapor diri di kem latihan mengikut ketetapan Surat Tawaran Latihan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN 3.0, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat).

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf.

Leave a Comment