PLKN 3.0 2025: Semak Nama Pelatih Secara Online

PLKN 3.0 2025: Semak Nama Pelatih Secara Online DISINI

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini diteruskan semula dengan tujuan untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional, dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia. Pelaksanaan semula PLKN 3.0 bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja Malaysia untuk menghadapi cabaran hidup melalui pengalaman latihan fizikal dan mental.

TUJUAN PLKN 3.0

Manfaat penyertaan program PLKN 3.0 yang akan diterima oleh pelatih seperti berikut:

  • Membentuk Jati Diri dan Sahsiah.
  • Meningkatkan Semangat Patriotisme.
  • Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
  • Pembangunan Kemahiran Insaniah.
  • Peluang Peningkatan Kerjaya.
  • Jaringan Sosial dan Persahabatan.
  • Peningkatan Daya Tahan Mental dan Emosi.
  • Memupupuk Semangat Kesukarelawanan.
  • Menyatupadukan golongan muda daripada pelbagai kaum.
  • Membentuk perwatakan positif dan pengamalan nilai murni.
  • Lahirkan generasi muda cergas, cerdas dan berkeyakinan.

SYARAT KELAYAKAN PELATIH PLKN 3.0

Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pelajar Lepasan SPM;
  • Calon Berusia antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental; DAN
  • Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.

POST TRENDING : RUMAH MESRA RAKYAT 2025 : BAYARAN ANSURAN RM300 SEBULAN SAHAJA.

TARIKH & LOKASI LATIHAN PLKN 3.0

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat (tiga siri/peringkat) dan akan bermula seawal Januari 2025.

SIRI / PERINGKATTARIKH
SIRI 112 Januari sehingga 25 Februari 2025
SIRI 211 Mei sehingga 24 Jun 2025
SIRI 37 September sehingga 21 Oktober 2025

Latihan PLKN 3.0 dijalankan di:

  • Pra PLKN di Sekolah/Pusat Kokurikulum Daerah/Pusat Kokurikulum Negeri.
  • Fasa Latihan Asas:

i) 13 buah Kem Askar Wataniah yang telah ditetapkan di seluruh negara.

ii) IPTA, IPG, Politeknik, atau institusi lain yang diiktiraf.

iii) Fasa Latihan Lanjutan. Semua kemudahan latihan milik kerajaan meliputi semua kementerian.

CARA SEMAK NAMA PELATIH PLKN 3.0 SECARA ONLINE DISINI

Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 2025) akan dimaklumkan melalui tiga saluran utama iaitu:

  • Portal Rasmi Online : Klik Disini (Semak Online Disini)
  • e-Mel:
    • Calon akan menerima email permohonan melalui alamat email yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
  • Surat Panggilan Rasmi:
    • Pemohon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan mereka.

Jika pemohon tidak dipanggil, ini tidak bermakna calon gagal untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Calon masih berpeluang untuk dipanggil pada siri PLKN yang akan datang, selagi usia belum mencapai 35 tahun.

SOALAN LAZIM (FAQ)

SOALAN: Berapa lama tempoh program PLKN 3.0?
JAWAPAN :
Tempoh program PLKN adalah seperti berikut:

  • 45 hari bagi peserta yang dipilih untuk menjalani latihan di kem-kem tentera.
  • Sekurang-kurangnya satu semester bagi peserta yang menjalani program ini di IPTA, IPG, Politeknik, atau institusi lain yang diiktiraf.
  • Pra PLKN dilaksanakan sebagai sebahagian daripada kegiatan kokurikulum sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya untuk pelajar Tingkatan 4.
  • Jangka masa bagi latihan lanjutan bergantung pada pendekatan dan modul setiap latihan, yang kesemuanya merupakan latihan atau kursus jangka pendek.

SOALAN : Adakah penyertaan dalam PLKN wajib?
JAWAPAN :

  • Penyertaan dalam PLKN bagi Fasa Latihan Asas adalah berdasarkan kerahan bersyarat. Manakala bagi Fasa Latihan Lanjutan dan Khidmat Negara adalah secara sukarela.
  • Sebagai contoh, individu yang dipilih mungkin terdiri daripada remaja yang baru menamatkan pendidikan menengah atau mereka yang berada dalam kategori tertentu seperti lepasan sekolah yang memerlukan latihan kemahiran tambahan.

SOALAN : Bolehkah peserta yang tidak terpilih menyertai Latihan Asas PLKN 3.0 secara sukarela?
JAWAPAN :

  • Peserta yang tidak terpilih secara rasmi masih boleh menyertai Latihan Asas PLKN 3.0 secara sukarela, tetapi penyertaan mereka bergantung pada kapasiti dan sumber sedia ada yang ditentukan oleh JLKN.
  • Ini bermakna, jika terdapat kekosongan atau ruang yang mencukupi, JLKN boleh mempertimbangkan permohonan sukarela tersebut. Penyertaan secara sukarela ini tertakluk kepada syarat dan prosedur yang ditetapkan.

SOALAN : Adakah peserta akan menerima elaun?
JAWAPAN :

  • Peserta yang menjalani latihan asas PLKN 3.0 tidak diberikan elaun, tetapi mereka diberikan kemudahan perjalanan pergi dan balik dari rumah kediaman ke kem PLKN dan sebaliknya.
  • Ini bermaksud kos perjalanan pelatih untuk menghadiri program ini ditanggung oleh Kerajaan.

SOALAN : Adakah terdapat sebarang yuran untuk menyertai PLKN?
JAWAPAN :

  • Tidak. Penyertaan dalam PLKN adalah percuma, dan semua kos latihan, makanan, dan penginapan akan ditanggung oleh kerajaan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib Kementerian Pertahanan Malaysia dibawah ini

Talian Bantuan : 603-4019 9999
e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.mod.gov.my/index.php/maklumat/plkn-3-0

Leave a Comment