
MY SALAM 2025: Semakan Kelayakan, Bayaran & Senarai Penyakit
Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam.
Program mySalam ini dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun, iaitu bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2023. Disebabkan maklum balas rakyat Malaysia yang memberansangkan terhadap skim mySalam 202, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga tahun 2025.
KELEBIHAN MYSALAM 2025
Manfaat Hospitalisasi | Pembayaran RM50 sehari bagi kemasukan wad di semua Hospital Kerajaan Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera yang tersenarai di laman web mySalam untuk maksimum 14 hari setahun. |
Manfaat Penyakit Kritikal | Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 50 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, ahli mySalam tersebut boleh menuntut manfaat bernilai RM 8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup. |
Nota : Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini.
SEMAK KELAYAKAN MYSALAM 2025
Penerima mySalam adalah individu yang menerima bayaran Bantuan Khas Kerajaan (BKK) seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam. Pengumuman kelayakan akan dikongsi melalui kiriman SMS ke nombor telefon yang dikemas kini dalam program-program yang didaftar oleh penerima seperti yang disebut di bawah.
Baca lagi : APPS MYKASIH : SEMAK BARANG MYKASIH GUNA APLIKASI TALIFON SEBELUM MEMBELI (YANG ORANG TAK TAHU)

Skim mySalam terkini melindungi penerima Bantuan Khas Kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan data yang diterima daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Setiap individu yang dilindungi di bawah skim ini akan dirujuk sebagai Orang yang Dilindungi. Penerima Bantuan Khas Kerajaan dan pasangan akan dikira sebagai dua Orang yang Dilindungi).
KRITERIA PENERIMA MYSALAM 2025
Kategori | |
Berkahwin | Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan |
Bujang | Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun |
OKU | Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun. |
PENYAKIT KRITIKAL MYSALAM TERKINI 2025
Penerima Manafaat ini akan menerima pembayaran RM 8,000 sekali seumur hidup apabila disahkan menghidap salah satu daripada 50 penyakit kritikal.
Berikut merupakan antara 50 penyakit kritikal yang layak untuk anda claim mysalam 2025. Penyakit ini terbahagi kepada 12 kategori Utama. lihat gambar dibawah untuk maklumat lebih terperinci mengenai penyakit-penyakit tersebut.




tambahan PENYAKIT KRITIKAL dalam MYSALAM 2025
Berikut merupakan tambahan penyakit kritikal yang dibolehkan untuk claim Mysalam bermula tahun ini, iaitu;
- Penyakit Jarang Jumpa (Rare Disease)
- Ganguan Mental (Mental Disorders)
- Gangguan Darah (Blood Disorders)
- Penyakit Kulit Kronik (Chronic Skin Diseases)
- Gangguan Reumatoid (Rheumatoid Disease)

DOKUMEN WAJIB YANG DIPERLUKAN UNTUK CLAIM MANAFAAT PENYAKIT KRITIKAL MYSALAM 2025
JENIS MANAFAAT | DOKUMEN DIPERLUKAN |
PENYAKIT KRITIKAL | 1. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang). 2. Borang Penyakit Kritikal (CI). Sila pastikan maklumat berikut diisi oleh doktor yang merawat pada borang CI: – Nama Penuh Pesakit / Orang yang Dilindungi. – Nombor Kad Pengenalan Pesakit / Orang yang Dilindungi. – Cop Rasmi yang lengkap dan jelas oleh doktor yang merawat beserta tandatangan. – Butiran penyakit yang berkaitan. |
HOSPITALISASI | 1. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang). 2. Surat Discaj yang mengandungi maklumat berikut: – Nama Penuh Pesakit / Orang yang Dilindungi. – Nombor Kad Pengenalan Pesakit / Orang yang Dilindungi. – Tarikh Kemasukan Wad dan Tarikh Keluar Wad. – Diagnosis. – Cop Rasmi yang lengkap dan jelas oleh doktor yang merawat beserta tandatangan. |
Pengecualian Bagi Manafaat Penyakit Kritikal:
- Kecederaan yang dilakukan sendiri
- Peperangan/ Rusuhan
- Keganasan/ Perlanggaran Undang-Undang
- Peristiwa berlaku sebelum Tarikh kuat-kuasa.
Pengecualian Bagi Manafaat Hospitalisasi:
- Bunuh Diri
- Peperangan/ Rusuhan
- Keganasan/ Perlanggaran Undang-Undang
- Ketagihan Alkohol, dadah, kehamilan, perancangan keluarga dan lain-lain.
CARA BUAT TUNTUTAN MYSALAM 2025
Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:
- Penyakit kritikal
- Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
- Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
- Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang) - Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Hospitalisasi
- Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang) - Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
TARIKH AKHIR TUNTUTAN
Berikutan sambutan positif terhadap skim mySalam, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga 2025. Bermula 1 Januari 2024, penerima mySalam yang layak bagi tahun 2024 dan seterusnya akan berpeluang untuk menghantar tuntutan kepada mySalam sehingga 30 Jun, pada tahun berikutnya.
Di bawah merupakan contoh untuk menggambarkan tarikh tutup bagi penyerahan tuntutan.
Tahun | Tempoh kelayakan | Tempoh Penyerahan Tuntutan |
2024 | 1 Januari 2024 – 31 Disember 2024 | 1 Januari 2024 – 30 Jun 2025 |
2025 | 1 Januari 2025 – 31 Disember 2025 | 1 Januari 2025 – 30 Jun 2026 |
TEMPOH MASA PROSES TUNTUTAN
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan. Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.
Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak. Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan anda. Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan.
RUJUKAN
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan mySalam 2025, anda boleh hubungi Pusat Panggilan MySalam yang beroperasi 24 jam di talian 1 300 888 938.
Atau, boleh juga emailkan ke alamat berikut: [email protected]
Atau, lawat kios MySalam di Hospital Kerajaan terdekat.
Layari laman web rasmi mySalam di pautan berikut: https://www.mysalam.com.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/