BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024 RM150

Kementerian Pendidikan (KPM) percaya dengan pemberian bantuan awal persekolahan 2024 yang disalurkan secara tunai dapat meringankan bebanan ibubapa atau penjaga yang mempunyai ramai tanggungan yang masih bersekolah serta dapat menampung kos perbelanjaan peralatan persekolahan.

JUMLAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Bantuan Awal Persekolahan akan disalurkan kepada seramai 5,254,200 penerima yang layak dengan jumlah seperti berikut :

Jumlah Bantuan Awal Persekolahan 2024
RM150 Setiap Murid

KAEDAH AGIHAN BAP 2024

Terdapat dua (2) kaedah agihan Bantuan Awal Persekolah bagi tahun 2024 seperti berikut :

Kaedah Agihan 1

  • Diagihkan secara tunai di sekolah masing-masing

Kaedah Agihan 2

  • Dikreditkan ke dalam akaun penerima
*Kaedah agihan adalah tertakluk kepada sekolah masing-masing.

Baca Juga :

TARIKH AGIHAN BAP 2024

Berikut merupakan tarikh agihan Bantuan Awal Persekolah bagi tahun 2024 :

Tarikh Agihan Bantuan Awal Persekolahan
Bermula Januari 2024

SYARAT KELAYAKAN

Pemberian Bantuan Awal Persekolah adalah berdasarkan syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Murid warganegara Malaysia;
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024; dan
  3. Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK).
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
    • Sekolah Agama.
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
    • Sekolah Integriti.
    • Sekolah Henry Gurney.

BORANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dan pemberian ini tidak berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid). Namun, terdapat sekolah yang memerlukan borang seperti berikut :

Borang-PB1-BORANG-BAP-2024

BAP-BORANG-PB2-BORANG-PENGESAHAN-PENDAPATAN

Rujukan : kerjakini.com

Leave a Comment