MySARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan yang disalurkan melalui MyKad penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas dapur dan pembayaran hanya menggunakan MyKad sahaja di kedai-kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad RM1200 2024? Ikuti info selanjutnya di sini.
KELAYAKAN BANTUAN RM1200 MYSARA
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan mykad RM1200 2024 seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN
Bantuan MySARA yang bernilai RM1,200 akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang berstatus miskin dan miskin tegar setiap bulan sebanyak RM100 sepanjang tempoh 12 bulan (1 Tahun) bagi tahun 2024 ini.
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024
Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini, Bantuan MySARA akan mula diagihkan bermula Januari ini dan setiap bulan sehingga bayaran akhir iaitu pada bulan Disember 2024. Namun tarikh rasmi akan diumumkan nanti.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024
Bantuan MySARA yang bernilai RM1,200 yang dimasukkan ke dalam MyKad hendaklah disemak melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Kemudian, klik pada BANTUAN MYKASIH [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Email : info@mykasih.com
- Website : https://www.mykasih.com.my/contact-us/.