TERKINI: PEMBAYARAN STR 2026 FASA 1 AKAN DISALURKAN BERMULA 20 JANUARI 2026 (SELASA). Penerima akan menerima antara RM100 dan RM500 mengikut kelayakan masing-masing. Semakan bayaran boleh dilakukan di laman web rasmi MySTR.
Berikut ialah tarikh-tarikh penting pembayaran STR 2026 & SARA 2026:
- 9 Jan: SARA Bulanan (Isi Rumah/Warga Emas) bermula.
- 12 Jan – 13 Feb: Tempoh Rayuan STR Fasa 1 (Bagi status Tidak Lulus).
- 16 Jan: SARA Bulanan (Bujang) bermula.
- 20 Jan: Pembayaran Tunai STR Fasa 1 bermula.
- 9 Feb: Kredit RM100 “SARA Untuk Semua” (Semua dewasa 18+).
Semua pemohon dikehendaki mendaftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026 walaupun telah mempunyai akaun MySTR pada tahun-tahun sebelumnya.
Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut-turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.
Cara Daftar Akaun MySTR
Laman web Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) baru sahaja dikemaskini.
Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.
Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari portal MySTR .
- Klik pada butang “LOG MASUK”.
- Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
- Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
- Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang ‘Daftar Akaun’.
Kemudian, anda perlu Log Masuk Akaun MySTR
Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut:
- Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik butang “Log Masuk”
- Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
- Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
- Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
- Selesai.
Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan”.
Jumlah Bantuan SARA & STR 2026
Berikut merupakan ringkasan bagi jumlah Bantuan SARA dan STR yang anda bakal terima pada Tahun 2026 ini,
BANTUAN SARA 2026 :
- Penerima STR : RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
- Penerima Ekasih : RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
- Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan)
- Bukan penerima STR : RM 100 one-off (Penghargaan SARA)
BANTUAN STR 2026
- Kategori Isi Rumah dengan Pendapatan bulanan bawah RM2,500 : RM700-RM2200 setahun
- Kategori Isi Rumah dengan Pendapatan bulanan RM2501-RM5000 : RM200-RM950 setahun
- Kategori Warga Emas Tiada Pasangan berusia 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan bulanan bawah RM5000 : RM600 setahun
- Kategori Bujang 21-59 tahun dengan pendapatan RM2500 ke bawah : Tiada
RINGKASAN JUMLAH BANTUAN BAYARAN STR 2026 DAN SARA 2026 MENGIKUT PENDAPATAN BULANAN ISI RUMAH
- Pendapatan bulanan ≤ RM2,500
- Tiada anak: RM1,900
- 1–2 anak: RM2,400
- 3–4 anak: RM2,900
- 5 anak ke atas: RM3,400
2. Pendapatan bulanan RM2,501 – RM5,000
- Tiada anak: RM1,400
- 1–2 anak: RM1,650
- 3–4 anak: RM1,900
- 5 anak ke atas: RM2,150
3. Warga emas bujang: RM1,200
4. Bujang (pendapatan ≤ RM2,500): RM600
Pembayaran STR 2026 (fasa 1)
Kadar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 telah ditetapkan berdasarkan kelayakan penerima yang diluluskan dalam setiap fasa permohonan.
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 tahun ini telah diumumkan akan mula disalurkan pada 20 Januari 2026.
Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.
Berikut ialah bayaran STR FASA 1 2026 yang akan diterima:
a. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah Kurang daripada RM2,500
| Bilangan Anak | Fasa 1 (RM) |
| 0 | 200 |
| 1 – 2 | 300 |
| 3 – 4 | 400 |
| Lebih 5 Orang Anak | 500 |
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
| Bilangan Anak | Fasa 1 (RM) |
| 0 | 100 |
| 1 – 2 | 100 |
| 3 – 4 | 150 |
| Lebih 5 Orang Anak | 200 |
c. Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan ≤ RM2,500,
- Berumur 21–59 atau Bujang Kategori OKU Berumur 19–59
Akan menerima Pembayaran STR Tahun 2026 Melalui Program SARA Terkini.
Baca Juga : Semak Senarai Barang SARA yang boleh dibeli terkini 2026!
Warga Emas Tiada Pasangan
- Berpendapatan ≤ RM5,000
- Berumur 60 Tahun ke atas
Akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Pada Fasa 1 Sebanyak RM150
Tarikh bayaran STR 2026 Fasa 1
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026 akan mula disalurkan bermula 20 Januari 2026 (Selasa).
YAB Dato’ Seri Anwar mengumumkan penyaluran STR Fasa 1 2026 membabitkan peruntukan RM1.1 bilion untuk 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan.
Penerima akan menerima antara RM100 dan RM500 mengikut kelayakan masing-masing.
Berikut adalah butiran penting STR Fasa 1 untuk 2026:
| Tarikh pembayaran bermula: | 20 JANUARI 2026 |
| Kaedah pembayaran: | Dikreditkan terus ke akaun bank penerima untuk yang mempunyai akaun. Bagi yang tiada akaun bank (termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan), bayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan. |
Jumlah bantuan:
- Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah: RM500
- Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000: RM150 hingga RM300 (bergantung kepada bilangan anak)
- Warga emas tiada pasangan: RM150.
- Bujang (pendapatan RM2,500 ke bawah): Tidak menerima bayaran dalam bentuk tunai (STR), sebaliknya akan menerima bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan sebanyak RM50 sebulan (dikreditkan ke dalam MyKad).
Syarat Kelayakan STR 2026
Berikut adalah kriteria kelayakan individu warganegara untuk STR 2026:

Rayuan STR 2026
Bagi permohonan STR yang Tidak Lulus Fasa 1, permohonan rayuan boleh dilakukan mulai 12 Januari sehingga 13 Februari 2026.
Bagi permohonan STR 2026 Fasa 1 yang berstatus Lulus, Permohonan Rayuan seperti perubahan status perkahwinan, perubahan maklumat pendapatan dan penambahan maklumat anak boleh dikemukakan pada permohonan Fasa 3 mulai 16 Februari 2026.
Anda boleh membuat rayuan di portal rasmi MySTR.
Kemas Kini Maklumat & Permohanan Baru STR 2026
Kemas kini maklumat Permohonan STR bagi kelayakan fasa 2 boleh dilakukan
bermula 12 Januari 2026 hingga 13 Februari 2026.
Permohonan STR 2025 berstatus Lulus boleh kemas kini maklumat waris bagi tujuan penunaian baki STR serta tuntutan SKK 2025. Tarikh akhir kemas kini waris adalah sehingga 15 Januari 2026. Waris baharu boleh hadir ke BSN mulai 21 Januari 2026 secara berperingkat.
Bagi permohonan yang telah dikemukakan ke Pejabat LHDNM pada Disember 2025 sehingga Februari 2026, permohonan Tuan / Puan akan diproses pada Fasa 3.
Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh
- Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat:
- Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
- Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
*Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Sementara itu, pemohon STR yang tidak kemaskini selama 3 tahun berturut-turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.
Maklumat Lanjut
Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini,
membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi STR; atau
- Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
- Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC.
