BANTUAN MYSARA 2025 SEMAKAN : STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYSARA 2025 SEMAKAN : STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan bersasar di mana sebahagian daripada hasil tambahan negara dan penjimatan subsidi diagihkan semula untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan mysara 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: LESEN MEMANDU PERCUMA B2, JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (DOWNLOAD BORANG DISINI) 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYSARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

CARA KREDIT BANTUAN MYSARA 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMA KAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanPenyaluran secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.

AMAUN BANTUAN MYSARA 2025

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

Jumlah Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Setahun (2025)

PENERIMA SEDIA ADA
(BERSTATUS EKASIH)
PENERIMA BAHARU
(BUKAN EKASIH)
Isi Rumah RM 2,100 Isi Rumah RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan RM 1,650Warga Emas Tiada Pasangan RM 450
Bujang RM 600 Bujang –

Amaun Bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025

PENERIMA SEDIA ADA
(BERSTATUS EKASIH)
PENERIMA BAHARU
(BUKAN EKASIH)
Isi RumahRM100/bulan
(bermula Januari – Mac)
RM200/bulan
(bermula April – Disember)
Isi Rumah RM100/bulan
(bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM100/bulan
(bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan
(bermula April – Disember)
Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember)Bujang –

CHECK SECARA ONLINE STATUS BANTUAN MYSARA 2025

Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar : [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    Semakan Permohonan
    Maklumat Pembayaran
  8. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar: [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  9. Selesai.

KATEGORI BARANGAN ASAS BANTUAN MYSARA

Berikut merupakan kategori barangan berlabel SARA MyKasih yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:

Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah

PANDUAN LENGKAP PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MYSARA

Barangan keperluan asas boleh didapati di kedai runcit dengan pembayaran menggunakan MyKad seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
  2. Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  3. Bayar Menggunakan MyKad
  4. Penerima SARA MyKasih hendaklah memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian dan membuat pembayaran menggunakan MyKad.
  5. Simpan Resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.
  6. Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment